Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tertuduh Nafi Tekap Seterika...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia...

5 Anggota Polis Ditahan...

Kuala Lumpur: Lima anggota polis ditahan dan pelbagai dadah seberat 13.9 gram dirampas...

Rujuk Doktor, Usah Terlalu...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat supaya tidak...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Raub masih kekal 71 orang daripada 19...

Datuk Kesavadas Dipilih Sebagai Senator Wakili N.Sembilan

SEREMBAN – Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Datuk A. Kesavadas Nair, 59, hari ini dipilih sebagai Senator bagi mewakili Negeri Sembilan di Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar mengumumkan pemilihan itu setelah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari terakhir persidangan.​

Pelantikan Kesavadas untuk tempoh tiga tahun dicadangkan Menteri Besar, Aminuddin Harun manakala ADUN Bahau (DAP) Teo Kok Seong menyokong cadangan tersebut.

Kesavadas yang berasal dari Selangor merupakan seorang peguam dan menjadi ahli DAP sejak tahun 2008.

Beliau mempunyai pengalaman selama 28 tahun sebagai peguam.

Selain di Seremban, pejabat guamannya, A.K. Das & Associates turut mempunyai cawangan di Melaka dan Terengganu.​​​​​​​


​​​​​​​Bercakap kepada pemberita, beliau akan memberi fokus kepada isu pembangunan, pelancongan dan undang-undang dalam Dewan Negara.​​​​​​​

​​​​​​​Selain daripada itu, beliau turut memberi perhatian terhadap kebajikan kaum India di negeri ini.

“Saya gembira dan berterima kasih pemimpin DAP negeri yang telah mencalonkan nama saya sebagai Senator,” katanya. – BERNAMA

Kategori