Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Program ‘Dengue Patrol’ Bantu...

KUALA LUMPUR - Program Kesedaran ‘Dengue Patrol’ yang dijalankan di sekolah rendah dan...

Nabila Razali, Aedy Ashraf...

PANAS! Dunia hiburan kini hangat dengan tersebarnya satu foto mesra antara penyanyi cantik,...

Usaha Berkesan Perlu Untuk...

PENAMPANG - Usaha berkesan perlu diambil oleh semua pihak bagi mempromosikan keunikan warisan...

“Saya Tidak Setuju Dengan...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Pengasas Lawyers For...

Denda RM1 Juta Jika Tidak Cukup Bekalan Petrol

KOTA BHARU – Sebanyak 180 buah stesen minyak di negeri ini diberi amaran supaya sentiasa menyediakan bekalan minyak mencukupi susulan penurunan harga bahan api itu bermula awal tahun hadapan atau dikenakan tindakan denda berjumlah RM1 juta jika gagal berbuat demikian.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Khalid Tik berkata, mereka perlu prihatin dan sentiasa menyemak semula stok untuk memastikan sentiasa mencukupi dan tidak terputus bekalan.

“Langkah itu penting bagi mengelakkan isu-isu yang tidak diingini berlaku antara pengusaha dan pengguna,

Buat masa ini kami sedang memantau stok petrol terutama di Kelantan memandangkan negeri ini berada berhampiran dengan sempadan. Buat masa ini kita belum menerima aduan berhubung mana-mana stesen yang terputus bekalan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke Sekolah yang dirasmikan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNHEP, Mohamad Hisomuddin Bakar, di Pasaraya Pacific, KB Mall, di sini, hari ini.

Mengenai kejadian minyak tercampur air di sebuah stesen minyak di Selangor akibat kebocoran pada tangki stesen berkenaan Khalid berkata kejadian itu tidak berlaku di mana-mana stesen minyak di negeri ini.


“Bagaimanapun, kita akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat campuran air dalam tangki minyak di mana-mana stesen minyak memandangkan ia adalah tanggungjawab mereka untuk membuat pemeriksaan dan analisa.

“Buat masa ini kita dapati stesen minyak di negeri ini menjual petrol mengikut standard operasi prosedur (SOP) masing-masing walaupun Kelantan kerap hujan kebelakangan ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori