Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KKM Sasar Pendigitalan Penuh...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk pendigitalan penjagaan kesihatan negara secara keseluruhan...

Kumpulan Doktor Kontrak Adakan...

KUMPULAN doktor kontrak di hospital-hospital kerajaan mengadakan protes di seluruh negara pagi ini...

Bangkai Ikan Dayung Petanda...

MANILA - Beberapa bangkai ikan dayung gergasi yang digelar ‘perutusan dari laut’ terdampar...

KPN Sah Suspek Wanita...

KUALA LUMPUR - Berita kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un mati...

Dewan Negara Bertafakur Peringati Pemergian Muhammad Adib

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi akibat cedera parah selepas dipercayai diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S Vigneswaran mewakili Dewan Negara menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian tersebut.

“Anggota bomba ini telah mengorbankan dirinya demi berkhidmat untuk negara. Beliau adalah wira sejati, wira negara, pengorbanan insan mulia ini demi negara amat dibanggakan. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Vigneswaran juga berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus tabah berdepan situasi itu.


Semua anggota Dewan kemudian bangun membaca al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan bertafakur selama satu minit. – BERNAMA

Kategori