Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

‘Self Lockdown’ Putuskan Rantaian...

SHAH ALAM - Berikutan jumlah kes harian baharu Covid-19 semakin meningkat dengan merekodkan...

Ulama, Golongan Pro Islam...

KUALA LUMPUR - Para ulama dan profesional Islam perlu menjelaskan maksud Islam sebenar...

Warga Emas Keturunan Cina...

RAUB - Warga emas keturunan Cina yang berusia 70 tahun ke atas di...

Drama Sepanjang Hari Pembebasan...

PEMBEBASAN Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam pada mulanya dijangka menjadi peristiwa terbesar dan...

Djokovic Kembali Kuasai Dunia

PARIS – Kejayaan pemain generasi baharu Alexander Zverev pada Pusingan Akhir Jelajah ATP memberi gambaran masa depan kancah tenis lelaki, namun bagi 2018 ia masih lagi dikuasai pemain berpengalaman Novak Djokovic yang kembali menduduki ranking teratas dunia.

Pemain Serbia itu tercicir daripada kelompok 10 terbaik buat kali pertama dalam tempoh sedekad dan pernah berada di ranking ke-22 pada Jun – mengharungi beberapa kekalahan mengejutkan termasuk di tangan pemain Itali, Marco Cecchinato pada Terbuka Perancis – susulan pembedahan siku.

Namun beberapa bulan selepas itu Djokovic kembali mempamerkan aksi sebenarnya, menjuarai Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat serta melengkapkan gelaran Masters dengan kemenangan di Cincinnati.

“Saya sentiasa percaya saya mampu bangkit dan tidak pernah berasakannya mustahil,” kata Djokovic mengenai gelaran nombor satu dunia.

“Ia lima bulan yang sempurna tahun ini dengan dua gelaran Grand Slam.”


Roger Federer pula mengatasi faktor usia untuk mempertahankan gelaran Terbuka Australia dan kemudian mengatasi rekod Andre Agassi sebagai pemain paling tua menduduki ranking teratas dalam sejarah ATP, pada usia 36 tahun.

Rafael Nadal terus menguasai gelanggang tanah liat, merangkul gelaran ke-11 di Roland Garros, tetapi pemain Sepanyol yang sering dibelenggu kecederaan itu terpaksa menarik diri daripada dua kejohanan Grand Slam sebelum masalah kecergasan mengakhiri musimnya.

Serena Williams kembali ke gelanggang selepas cuti bersalin selama 14 bulan, tetapi dua kali terlepas peluang menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam, termasuk kekalahan kepada pemain Jepun, Naomi Osaka pada Terbuka AS. – AFP

Kategori