SELEPAS genap seminggu mendiamkan diri, pelakon Natasha Hudson akhirnya tampil mengesahkan perkahwinannya dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.
Natasha turut memuat naik foto bersama suaminya dalam sebuah perahu di Instagram miliknya.
“Doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya pada kapsyen yang dimuat naik malam Jumaat.
Rata-rata pengikut laman sosial terutama rakan-rakan dalam kalangan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Pasangan itu dinikahkan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.
Pada Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.
Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.
Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun rumah tangga itu hanya bertahan selama dua tahun. – Mstar