Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

7 Bekas Exco Menghadap...

TUJUH bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak...

Pasukan Petugas Siasat Pelanggaran...

MIRI - Sarawak akan menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk siasat insiden kemalangan bot...

“Saya Sedia Telanjang Depan...

BAGI memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya, setiap ibu bapa di dunia ini pasti...

Cadangan Laluan Khas Pejalan...

JOHOR BAHRU ā€“ Kerajaan negeri bercadang mewujudkan laluan khas pejalan kaki untuk menyeberangi...

Doktor Muda Berputih Mata Diperdaya Macau Scam, Rugi RM29,997

KUANTAN – Takut setelah dimarahi berulangkali oleh anggota sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak berkuasa, seorang doktor muda akhinya kerugian RM29,997 selepas terpedaya dengan taktik kumpulan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sebelum itu mangsa, 31, menerima panggilan kira-kira 5 petang Jumaat lepas daripada suspek yang menyamar wakil Mahkamah Majistret Melaka.

“Suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM8,795.75 dan gagal hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah itu, namun dinafikan oleh mangsa

Susulan itu, talian mangsa telah disambungkan ke IPD Melaka sebelum dimaklumkan mangsa mempunyai satu kes penggubalan wang haram dan sindiket dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, talian mangsa disambungkan kepada seorang pegawai penyiasat dan kepada seorang pegawai yang lebih tinggi yang bertindak memberi tekanan kepada mangsa serta memarahinya.

Beliau berkata, mangsa yang dalam ketakutan kemudian diugut dan diminta memindahkan RM29,997 ke akaun yang diberikan.

Setelah pemindahan dibuat, katanya mangsa diminta melakukan transaksi tambahan berjumlah RM30,000 namun mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pekerja farmasi berumur 26 tahun mengalami kerugian RM39,600 selepas didakwa terlibat dengan kes rasuah oleh seorang yang menyamar menjadi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.


“Suspek telah mendakwa maklumat identiti mangsa telah disalahgunakan yang terlibat dengan kes rasuah, susulan itu waran tangkap telah dikeluarkan kepada mangsa.

Takut dikenakan tindakan, katanya mangsa telah melakukan enam kali transaksi pemindahan berjumlah RM39,600 ke akaun yang diberikan suspek.

Bagaimanapun, katanya selepas merasa tertipu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori