Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Terlibat Kes Pecah...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana terlibat...

4 Sekeluarga Maut, Kereta...

EMPAT sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan...

32 Penumpang Cemas, Bas...

JOHOR BAHRU – Tiga puluh dua penumpang bas berdepan detik cemas apabila kenderaan...

“Fattzura Ikut Prosedur, Tiada...

KALAU dah jodoh, takkan ke mana. Akhirnya, pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd...

Teliti Punca 52 Pegawai Digugur Kursus Khas PTD

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meneliti punca seramai 52 pegawai kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu mana-mana pihak menjadi mangsa dalam usaha kerajaan mengurangkan kos pentadbiran negara.

“Kita akan selidik perkara ini. Kita tak nak sesiapa jadi mangsa dalam usaha kita untuk kurangkan kos pentadbiran negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas PTD digugurkan daripada program itu.

NSTP sebelum ini melaporkan mereka yang ditamatkan termasuk empat pegawai kontrak yang secara automatik kehilangan pekerjaan manakala baki 48 pegawai diarahkan kembali ke jawatan lama masing-masing dengan kadar segera.


Penamatan kontrak itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan gred lulus daripada B kepada A- bagi program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).

Kursus diploma selama 10 bulan itu membabitkan sejumlah 86 peserta.

Menurut sumber, mereka yang ditamatkan dari kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan 20 pemegang ijazah sarjana. – BERNAMA

Kategori