Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wow! Resepi Durian Goreng...

JARANG sekali kita lihat golongan ahli-ahli politik gemar berkongsikan hobi dan minat mereka...

Polis Ambil Keterangan Individu...

KOTA KINABALU - Polis Sabah sudah memanggil individu yang didakwa terbabit dalam penipuan...

10 Mangsa Maut Nahas...

PETALING JAYA – Identiti 10 mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan empat buah...

TGV Cinemas Tayang Final...

SEJAK semalam, isu penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak menjadi bualan hangat rakyat...

Streram Antara 5 Nama Dikemuka Untuk PRK Rantau

SEREMBAN – Timbalan Ketua PKR Rembau Dr S. Streram antara lima nama yang dicadangkan oleh PKR Negeri Sembilan untuk pertimbangan pucuk pimpinan sekiranya pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri, berkata pada masa sama terdapat beberapa pemimpin lain turut menawarkan diri untuk bertanding.

“Biasalah… setiap kali ada pertandingan masing-masing menawarkan diri, ini merupakan satu demokrasi yang biasa dan kita sedia maklum dan serah kepada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa calon terakhir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Beramai-ramai ke-11 KPJ Seremban, di sini hari ini.

Beliau yang diminta mengulas mengenai perebutan dalam kalangan beberapa pemimpin PKR Rembau untuk menjadi calon PRK itu bagaimanapun berharap mereka yang tidak terpilih tidak akan berkecil hati dan bersama-sama membantu menggerakkan jentera untuk merampas kerusi DUN berkenaan.

Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya membatalkan kemenangan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan di kerusi berkenaan selepas hakim membenarkan petisyen yang difailkan calon PKR Dr Streram.


Pada hari pencalonan 28 April lalu, Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding di kerusi itu selepas satu-satunya pencabar Dr Streram gagal menghantar kertas pencalonan kerana dilarang masuk ke pusat penamaan calon disebabkan tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagaimanapun, pada Khamis lepas, Mohamad dilaporkan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya berkenaan. – BERNAMA

Kategori