Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

“Buka Syarikat Penerbangan Sendiri...

PETALING JAYA - Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran secara terbuka membidas jutawan kosmetik,...

Kontinjen Para Asia Dibantu...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi...

Bekas Miss Malaysia Menang...

LONDON - Pengerusi bukan eksekutif Laura Ashley diarahkan mahkamah Britain di sini supaya...

Lelaki Maut Di PLUS...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki maut dipercayai akibat dilanggar sebuah kenderaan yang tidak...

Dulu Berdua Kini Berempat Demi Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Membawa anak kecil seawal usia satu tahun ber‘awayday’ menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan kebangsaan bukanlah satu pilihan ‘kegemaran’ dalam kalangan ibu bapa di negara ini.

Ini kerana ramai tidak sanggup memantau pergerakan aktif kanak-kanak apatah lagi perlu melayan ragam anak kecil yang jelas boleh mengganggu fokus terhadap perlawanan sekali gus mematikan keseronokan dan semangat sewaktu bersorak.

Namun, semua itu tidak terlintas dalam fikiran pasangan Muhammad Izzul Naim Mohammad Nadzeri dan Siti Aliyah Kamaruddin yang ber’awayday’ bersama dua anak mereka ke Bangkok untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Thailand, Rabu lepas.

Muhammad Izzul, 28, menyifatkan pengembaraan bersama anak-anaknya menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Stadium Nasional Rajamangala itu, satu pengalaman berharga yang pasti menjadi kenangan manis untuk dikenang sepanjang hayat.

“Pengalaman kali ini berbeza dengan pengalaman kali pertama kami ber’awayday’. Kali pertama pergi ke Bangkok pada 2012 ketika itu kami berdua sahaja tanpa anak-anak.

“Tetapi kali ini pengalaman itu lagi mencabar sebab bawa dua anak kecil yang orang cakap masih dalam lingkungan umur kanak-kanak aktif,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menanti pesawat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, semalam.

Ber”awayday” merujuk kepada perjalanan peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kegemaran di tempat lawan.

Muhammad Izzul, bagaimanapun, bersyukur usaha membawa anak-anaknya menonton beberapa perlawanan di stadium sebelum ini melancarkan segala urusannya sepanjang menyaksikan perlawanan yang berkesudahan seri 2-2, sekali gus Malaysia layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

“Kami bergilir-gilir menguruskan anak sepanjang pengembaraan dan sebelum ini kami pernah dua atau tiga kali bawa mereka (anak-anak) ke stadium…jadi kali ini mereka tidak langsung meragam kerana sudah biasa dengan suasana bising stadium,” tambah beliau.


Bagi Siti Aliyah, 29, beliau yang sebelum ini tidak membiasakan anak-anaknya dengan penggunaan gajet terpaksa berbuat demikian sebagai langkah ‘membeli jiwa’ demi memastikan anak-anaknya sentiasa berada di tempat duduk penonton sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kalau sebelum ini kurang dedahkan mereka dengan telefon bimbit, tetapi masa di stadium kali ini apa yang kita tidak praktikan, kita bolehkan….untuk beli jiwa mereka,” katanya.

Pada masa sama, Siti Aliyah tidak menolak kemungkinan akan sekali lagi membawa anak-anak mereka ber’awayday’ pada aksi final kedua berdepan Vietnam di Hanoi, Sabtu depan (15 Dis).

“InsyaAllah kami akan bawa mereka sekali lagi. Kami akan cuba untuk realisasikan impian ini kerana sebelum ini pun kalau kami pergi ke mana-mana memang tidak pernah merancang untuk meninggalkan mereka,” katanya.

Sementara itu, penulis yang berpeluang turut serta bersama penyokong setia Harimau Malaya dalam perjalanan ke Bangkok menaiki penerbangan khas AirAsia pada Rabu lepas, dapat melihat sendiri bagaimana pasangan itu menguruskan anak-anak kecil mereka sepanjang perjalanan di dalam pesawat.

Ternyata anak kecil bernama Mawar Suraya, 3, dan Tuah Iskandar (1 tahun) tidak langsung menunjukkan karenah yang sukar dikawal, malah dua kanak-kanak itu sentiasa menjadi tumpuan kerana telatah lucu mereka. – BERNAMA

Kategori