Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Babi Ternak Australia Paling...

SYDNEY — Seekor babi betina berusia 13 bulan di Lembah Derwent, Tasmania, Australia ini...

Akibat Jawab HP Di...

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis...

1MDB: Warta Notis Pihak...

KUALA LUMPUR – Notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang...

Jaringan Prihatin, Rapatkan Jurang...

KUALA LUMPUR - Program Jaringan Prihatin, inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Pada Feb-Apr 2019

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada Februari hingga April 2019, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dalam Petunjuk Ekonomi Malaysia : Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Oktober 2018’ yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) menunjukkan peningkatan kepada negatif 0.7 peratus pada Oktober 2018 berbanding negatif 1.7 peratus pada September 2018.

Komposit IP disusun bagi memantau arah tuju prestasi ekonomi pada purata empat hingga enam bulan kehadapan.

Beliau berkata perubahan bulanan IP meningkat pada Oktober 2018 , dengan mencatat pertumbuhan 1.2 peratus kepada 119.3 mata berbanding 117.9 mata pada bulan sebelumnya.

“Ini disebabkan peningkatan import benar Logam Asas Berharga dan logam bukan ferus lain (0.4 peratus),” katanya.


Sementara itum Indeks Serentak IS) yang mencerminkan indeks ekonomi semasa, meningkat satu peratus pada bulan rujukan.

Dua komponen yang menyumbang secara signifikan ke atas peningkatan itu ialah Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.5 peratus) dan Nilai Caruman benar kepada KWSP (0.2 peratus), katanya.

Beliau berkata IS terus meningkat kepada 3.9 peratus pada Oktober 2018 berbanding 3.4 peratus dalam bulan sebelumnya. – BERNAMA

Kategori