Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Perlu Terlibat Perkasa...

TELUK INTAN – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyeru...

9 Muka Baharu Disenarai...

KUALA LUMPUR - Sembilan muka baharu antara 25 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih...

Larian Bendera UMNO Suntik...

IPOH - Kira-kira 200 peserta terdiri daripada kalangan anggota UMNO Bahagian Ipoh Barat...

KitKat Ubat Batuk Dan...

JIKA di Malaysia, coklat berwafer rangup KitKat hanya mempunyai beberapa perisa sahaja termasuk...

Eksekutif AS Bimbang China Balas Dendam

SINGAPURA – Penangkapan pegawai kanan gergasi teknologi China, Huawei, mendominasi pertemuan tertutup syarikat keselamatan Amerika Syarikat di Singapura Khamis lalu dan kemungkinan tindakan balas dendam China ke atas firma AS yang beroperasi di negara itu.

Pegawai syarikat besar AS yang menghadiri majlis berkenaan, menyuarakan kebimbangan mengenai tindak balas terhadap firma AS dan eksekutifnya, kata dua sumber.

Ramai peserta berkata, syarikat mereka mempertimbangkan untuk mengehadkan perjalanan tidak penting ke China dan berusaha mengadakan mesyuarat di luar negara itu, kata sumber.

Eksekutif keselamatan bagi syarikat gergasi AS termasuk Walt Disney Co , Alphabet Inc’s Google, Facebook Inc dan PayPal Holdings Inc menghadiri mesyuarat itu, menurut sumber dan siaran di LinkedIn oleh salah seorang peserta.

Perbincangan di mesyuarat itu menggariskan kebimbangan dalam kebimbangan dalam kalangan perniagaan AS di negara ekonomi kedua terbesar dunia itu, yang sudah berhadapan ketegangan perdagangan.

Agensi rasmi mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat Asia-Pasifik Google, Singapura, termasuk pembentangan mengenai jenayah ekonomi dan keganasan di rantau itu.

Bagaimanapun, ia beralih menjadi perbincangan kemungkinan risiko dihadapi di China susulan penangkapan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, di Kanada pada 1 Disember lalu.


Penangkapan itu menjejaskan pasaran global di tengah kebimbangan ia akan meningkatkan ketegangan perbalahan mengenai perdagangan AS-China.

Perunding risiko dan penganalisis berkata, penangkapan mungkin mendorong Beijing bertindak balas dalam bentuk lain.

“Ini akan menekan kuat pegawai China untuk betul-betul kelihatan gagah dalam perbalahan ini.

“Ini bermakna sama ada lebih tegas pada rundingan perdagangan, atau bertindak tegas terhadap firma teknologi AS di China,” kata penganalisis Unit Risikan Ekonomi Asia, Nick Marro. — Reuters/BH ONLINE

Kategori