Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zakar Suami Patah, Isteri...

SEORANG lelaki lingkungan usia 30-an terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital sambil menahan sakit...

“Tiada Hati Perut Punya...

HANYA kerana hal kecil, seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu...

Penjawat Awam Perak Dapat...

LUMUT - Penjawat awam di Perak bakal menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500...

Haiwan Diseksa, Jadi Bahan...

NETIZEN menggesa sebuah makmal di Jerman ditutup selepas video penyeksaan haiwan di situ...

Eksport Tertinggi Letak Malaysia Di Landasan Betul

KUALA LUMPUR – Eksport tertinggi direkodkan pada Oktober telah meletakkan Malaysia di landasan betul di bawah pelan konsolidasi fiskal selama tiga tahun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan hari ini, menteri itu berkata peningkatan mendadak eksport kepada RM96.4 bilion dan merekodkan lebihan perdagangan sebanyak RM16.3 bilion memberi isyarat bahawa sasaran kerajaan untuk mengembalikan semula ekonomi di landasan akan dapat dicapai.

“Apa yang menggalakkan adalah eksport komoditi utama kita terutamanya minyak sawit dan getah asli yang terjejas teruk oleh kejatuhan harga dan penurunan permintaan, mencatatkan peningkatan pada Oktober 2018 daripada bulan sebelumnya,” katanya.

Menurut perangkaan perdagangan luar Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia semalam, berdasarkan asas bulan ke bulan (m-o-m), eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit meningkat 10.8 peratus daripada RM5.6 bilion, manakala eksport getah asli mencatatkan pertumbuhan 2.7 peratus m-o-m daripada RM306.5 juta.

Bagaimanapun, Lim mengingatkan berita baik dalam perdagangan itu perlu dihadapi dengan berhati-hati.

“(Ini adalah) kerana perdagangan dan ekonomi global masih lemah di sebalik pengumuman penangguhan 90 hari perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China,” katanya. – BERNAMA

Kategori