Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebuhraya PIL 1, LRT...

GEORGE TOWN - Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Transit...

Isu Had Umur Belia...

KULAI - Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan...

Korban Tragedi Runtuhan Sampah...

COLOMBO - Angka kematian akibat kejadian runtuhan sampah di Sri Lanka meningkat kepada...

Pencipta Siri Popular ‘Kartini’...

SELEPAS 10 hari dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur...

FAMA Raih RM6.35 Juta Jualan Sehingga 1 Dis

SERDANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatat nilai jualan berjumlah RM6.35 juta melalui enam segmen kendaliannya pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 setakat Sabtu.

Pengerusinya Ishak Ismail berkata, segmen ‘Castle of Fruit’ mencatat jualan tertinggi bernilai RM3.24 juta dengan pembelian hampir sejuta pelbagai anak pokok daripada pengunjung.

“Ia diikuti oleh segmen Empayar Makanan berjumlah RM2.2 juta dan diikuti Gerbang Food Truck sebanyak RM435,000.

“Manakala segmen ‘Coconut Street’ dan Agrobazaar Online masing-masing mencatat nilai jualan sebanyak RM247,000 dan RM145,000,” katanya kepada pemberita semasa sidang media majlis RangkumanFAMA @MAHA 2018 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Menurutnya Butik Agromas yang menjual produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merekodkanpenjualan lebih RM60,000.

Sementara itu Ishak juga optimis nilai jualan keseluruhan bagi segmen kendalian lembaga itu mampu ​​​​​​​mencecah sehingga RM7.4 juta pada hari terakhir ekspo hari ini.


“MAHA 2018 merupakan medium terbaik bagi para usahawan di bawah kendalian FAMA ​​​​​​​untuk​​​​​​​mempromosi produk serta mengembangkan perniagaan,” tambahnya.

Terdahulu dalam majlis itu Ishak menyampaikan sijil penyertaan kepada 95 peserta di bawah segmen Empayar Makanan.

MAHA 2018 yang berlangsung pada 22 Nov lepas melabuhkan tirainya, pukul 10 Ahad malam. – BERNAMA

Kategori