Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Australia Lancar Khidmat Hantar...

CANBERRA - Perkhidmatan penghantaran dron yang pertama dijangka mula beroperasi tahun depan, sekali...

Amah Punyai Kening Termahal...

SEORANG pembantu rumah warga Indonesia di Singapura mendapat kejutan dalam hidupnya apabila dia...

Gadis Ini Tawar Servis...

SEBUT sahaja perkataan Grabcar pasti ramai dikalangan pembaca sudah biasa mendengarnya, apatah lagi...

SPR Sahkan Azhar Harun...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk...

Fasa Pertama BSH 2019 Mula Dibayar 28 Januari

PUTRAJAYA – Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 28 Januari, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bantuan itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion.

“Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lim berkata bagi pelaksanaan BSH 2019 fasa pertama itu, Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak.

Menurutnya proses pemutihan bagi mengeluarkan nama penerima tidak layak yang bukan daripada golongan berpendapatan rendah (B40) memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Lim berkata setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.


“Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah,” katanya.

Menurut Lim kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.

Katanya seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, Kerajaan meneruskan program BSH untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. – BERNAMA

Kategori