Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pengangkutan Terima Set...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan...

Penyokong Mexico Berpesta Rai...

MEXICO CITY - Ratusan penyokong Mexico berpesta di luar kedutaan Korea Selatan di...

Serangan Cemar Ramadan 
Di...

NARATHIWAT - Bermula awal Ramadan, serangan keganasan di selatan Thailand termasuk yang paling...

Umum Pengurangan Pekerja, Saham...

KUALA LUMPUR - Saham Media Prima Bhd. terus merosot dalam sesi dagangan pagi...

‘Flood Mapping’ Bantu Polis Pekan Hadapi Banjir

PEKAN – Pelaksanaan ‘flood mapping’ atau pemetaan banjir diharap akan bantu polis daerah ini melaksanakan operasi musim banjir dan buat pengagihan bantuan awal dengan lebih sistematik.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Amran Sidek berkata inisiatif melaksanakan ‘flood mapping’ adalah berdasarkan pengalaman banjir lalu, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan yang kerap dilanda musibah itu setiap tahun.

Katanya, ‘flood mapping’ melibatkan bancian dan kajian sejak tiga bulan lalu, dengan mengambil kira antaranya faktor lokasi, jumlah penduduk, sejarah banjir dan paras air yang pernah direkodkan dalam kejadian terdahulu.

“Ini dilihat dapat melancarkan kerja menyelamat apabila bencana itu berlaku selain membantu dalam keputusan penempatan jentera menyelamat serta jumlah anggota oleh agensi yang terlibat semasa itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Amran menambah ‘flood mapping’ itu turut mengambil kira kejadian banjir kilat, memandangkan pada tahun lalu, 1,252 mangsa bencana itu direkodkan di kawasan sekitar Cenderawasih, Sungai Miang, Permatang Pauh, Sungai Kalong, permatang Chicar, Padang Polo dan Merchong di sini.

Amran yang juga Komander Operasi Perpindahan dan Menyelamat Pekan pada musim banjir menambah dapatan ‘flood mapping’ itu dikongsi dengan semua 13 agensi yang terlibat dalam operasi banjir seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah Pekan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya, semua agensi terlibat telah menyertai latihan menyelamat pada 8 Nov lepas sebagai persediaan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada hujung tahun atau awal 2019.


Amran menambah berdasarkan kajian dan pengalaman, daerah Pekan lazimnya dilanda banjir kira-kira 63 jam selepas Sungai Yap di Jerantut, mengatasi paras bahaya sekali gus membolehkan semua agensi terlibat mula membuat persiapan.

“Penduduk di kawasan berhampiran sungai dinasihat lebih peka dengan perubahan paras air yang boleh berlaku secara mendadak manakala mereka yang berhampiran pantai perlu prihatin dengan amaran air pasang besar.

“Golongan nelayan terutama di pesisir pantai dinasihatkan untuk tidak pergi jauh ke tengah laut pada musim tengkujuh bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Amran menambah ibu bapa juga perlu lebih prihatin dengan keberadaan anak supaya tidak bermain di kawasan berair termasuk parit, selain patuh dengan arahan pihak berkuasa terutamanya dalam arahan berpindah. – BERNAMA

Kategori