Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jauhi Rasuah, Bantu Jayakan...

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan penjawat awam supaya...

Pemancing Ditemui Lemas Di...

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui lemas manakala rakannya pula hilang ketika memancing di...

Mara Terus Tanggung Kos...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus menanggung kos perubatan Mohamad...

Umat Islam Diminta Jayakan...

ALOR SETAR - Umat Islam diseru bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda penyatuan...

Garis Panduan Lawatan Kerja PBT Ke Luar Negara Diwujud

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan garis panduan berkenaan lawatan kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) ke luar negara bermula tahun depan bagi memastikan program yang diadakan tidak sia-sia dan membazir.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata garis panduan itu antara lain akan mengandungi maklumat negara-negara yang boleh dilawati PBT bersesuaian dengan standard atau keperluan PBT masing-masing,

“KPKT juga bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan kewangan kepada PBT dan sebab itu kita menyediakan garis panduan bagaimana peruntukan tersebut harus digunakan,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Pemerkasaan PBT, di sini hari ini.

Zuraida berkata melalui garis panduan itu, amalan meluluskan lawatan tidak hanya bersandarkan cadangan serta kedudukan kewangan kementerian tetapi turut bergantung kepada negara yang dipilih serta impak dan keperluan lawatan tersebut kepada PBT berkenaan.

Menurutnya, pihaknya sedang bekerjasama dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Noor-Ihsan Che Mat bagi menggubal garis panduan yang disasarkan diguna pakai pada awal tahun depan.

Mengenai konvensyen yang julung kali diadakan itu, Zuraida berkata ia turut menjadi platform memperkemas sinergi di antara tenaga kerja PBT lantikan politik dan penjawat awam.


Selain Pulau Pinang dan Selangor, sinergi di antara penjawat awam dan lantikan politik di negeri-negeri lain di bawah Pakatan Harapan masih perlu dipertingkat bagi memastikan urusan di peringkat PBT berjalan lancar, katanya.

“Keserasian segera di antara kedua-dua pihak amat dituntut dalam memastikan agenda pembangunan yang dibawa kerajaan baharu dapat dilaksanakan dengan lebih lancar,”katanya.

Konvesnyen tersebut yang bermula semalam dihadiri 2,300 peserta termasuk datuk bandar, yang dipertua majlis, setiausaha dan anggota majlis PBT dari seluruh negara. – BERNAMA

Kategori