Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah B40: Inisiatif BNM...

KUALA LUMPUR - Inisiatif diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan lebih ramai...

Sultan Pahang Bertemu Raja...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengadakan pertemuan...

Kos Baharu Setiap Stesen...

KUALA LUMPUR ā€“ Penurunan kos pembinaan bagi fasa 1 dan 2 Projek Landasan...

TPM Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan...

Gelombang Putih Banjiri KL Demi Himpunan 812

MERIAH… Buat julung kali dalam sejarah, pagi Sabtu yang lazimnya tenang bertukar meriah apabila semua tren LRT menuju ke ibu kota dipenuhi penumpang berbaju T warna putih.

Bahkan petugas media yang selama ini tidak pernah kena berdiri ketika menaiki LRT di Subang, hari ini terkejut kerana tren dinaiki berkenaan penuh peserta anti-Konvensyen Antarabangsa Hapus Diskriminasi Kaum (ICERD).

Rata-rata mereka memakai baju bermesej bantah ICERD itu bersemangat menuju ke pusat bandar raya bagi sertai himpunan aman bantah usaha biadab ratifikasi konvensyen tersebut oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Di Masjid Jamek dan Masjid Negara dekat Dataran Merdeka, ribuan peserta himpunan berkenaan dilihat telah mula berkumpul namun keadaan terkawal dengan kehadiran ramai anggota unit amal PAS dan pihak polis sendiri.

Sementara itu, tinjauan wartawan di sekitar pusat beli-belah Sogo di Jalan Dang Wangi mendapati sebahagian besar daripada peserta himpunan berkenaan telah mula berarak menuju ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.

Mereka melaungkan ā€˜Hidup Melayuā€™, ā€˜Tolak ICERDā€™ dan bertakbir.Ā Namun begitu masih ramai lagi peserta yang berada di perkarangan masjid dan surau berhampiran bagi menunaikan solat fardu Zuhur.


Peserta turut membawa bendera dan sepanduk bagi menunjukkan bantahan terhadap ICERD.Ā Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan turut dilihat memberi ucapan selain taklimat ringkas sebelum himpunan berkenaan bermula.

Persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman yang menuju ke Dataran Merdeka turut ditutup sepenuhnya kepada pengguna kenderaan selain kawalan ketat oleh pihak polis dan wakil penganjur bagi elak keadaan buruk berlaku.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Masjid Negara sebelum mereka berarak. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori