Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hampir 7.4 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,395,905 dos vaksin COVID-19 diberikan kepada penduduk di negara...

Menarik! Gambaran Apartmen Pada...

Idea kreatif seorang arkitek yang berasal dari Amerika Syarikat, Graham Hill, telah mencipta...

UMNO, PAS Gesa Isu...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) yang berlangsung malam tadi,...

Extrema Bakal Menjadi SUV...

BEBERAPA keping gambar yang didakwa sebagai model kenderaan utiliti sport (SUV) pertama dari...

GPS Tidak Akan Bagi Laluan Mudah Untuk PH

SIBU – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi laluan mudah kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Sarawak pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata Ketua Wanita PBB, Datuk Sri Fatimah Abdullah.

Malah menurutnya GPS yang dianggotai empat parti politik Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Party Demokratik Progresif (PDP) yakin akan mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri itu.

Katanya GPS yang baru sahaja diluluskan pendaftaran oleh pendaftar pertubuhan (ROS) akan bekerja keras dan terus berjuang menyakinkan rakyat negeri ini bahawa hanya parti tempatan mampu memperjuangkan hak dan masa depan mereka.

“Kita ambil semangat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’, pantang anak Sarawak dicabar, langkah mayat sebelum menyerah kalah. Ya, kita tidak akan memberi laluan mudah (kepada PH),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa PH berazam menawan Sarawak pada PRN akan datang ketika melancarkan Bersatu Sarawak di Bintulu semalam.

Fatimah berkata, kerajaan negeri menyedari Sarawak menjadi tumpuan kerana negeri ini sangat kaya dengan sumber semula jadi dan sememangnya menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia secara keseluruhannya.

Ditanya sama ada rakyat Sarawak akan terus memberi sokongan terhadap GPS berikutan pelancaran Bersatu Sarawak beliau berkata “Ini satu perjuangan yang kita harus teruskan dan menyakinkan rakyat dan memang ada cabarannya. Kita perlu terus menyakinkan rakyat bahawa kita ikhlas membangun dan memajukan rakyat Sarawak.


“Kita belajar daripada kesilapan yang lalu. Kita terus bekerjasama dalam GPS memastikan Sarawak maju dan rakyat dapat hidup sejahtera,” katanya.

Beliau berkata, senario politik di Sarawak kini sudah berubah dan pengalaman selama 55 tahun menganggotai Barisan Nasional (BN) menjadi iktibar kepada parti-parti politik dalam GPS sehingga Sarawak memutuskan untuk keluar BN selepas PRU 14 yang lepas.

Oleh itu katanya, Sarawak mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak akan menyertai PH kerana tidak mahu lagi bergabung di bawah parti dari Semenanjung selepas merasai pengalaman berada di bawah BN selama 55 tahun. – BERNAMA

Kategori