Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tular Tarikh Raya Awal...

PUTRAJAYA: Pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak menyangkal mesej tular menerusi...

Selesaikan Isu Mat Rempit...

DUNGUN - Penduduk di bandar Dungun menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap remaja...

Punca Kebakaran Tahfiz Masih...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam...

Abby Luah Syukur, Doa...

DUNIA hiburan terus dihebohkan dan dihujani dengan pelbagai spekulasi melibatkan pasangan selebriti popular,...

Gubal Akta Khas Pelihara Agama Islam, Raja Melayu

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan agar satu akta khas iaitu Akta Menghina Islam dan Raja-Raja Melayu atau nama singkatannya Akta ‘Amir’ harus digubal bagi menghalang tindakan atau usaha menggugat keamanan dan keharmonian negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata penggubalan perundangan itu boleh dilaksanakan menerusi titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Akta baharu cadangan Perkasa ini sama seperti dilaksanakan di Thailand sekarang. Perkasa mencadangkan agar akta itu mempunyai dua bahagian, bahagian pertama memperuntukkan tahanan tanpa bicara dan bahagian kedua adalah pendakwaan secara terbuka di mahkamah sebagai kesalahan jenayah.

“Akta Amir ini…konsepnya sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan mengenakan hukuman mandatori lima kali sebatan serta penjara minimum lima tahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Perkasa kali ke-9, di sini, hari ini.

Ibrahim berkata tindakan punitif (hukuman) ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menyentuh atau menghina kemuliaan Islam dan Raja-Raja Melayu, Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam di peringkat negeri dan di peringkat persekutuan.


“Perkasa berpendapat penubuhan Akta Amir ini merupakan cara paling berkesan dalam memelihara kemuliaan Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya. – BERNAMA​​​​​​​

Kategori