Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tukang Cat Ragut Telefon...

KUALA LUMPUR - Akibat terdesak dua bulan tidak mendapat gaji dan isteri bakal...

Tak Mudah Mahathir, Pembangkang...

BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Pembantu Peguasa Kastam Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu penguasa Kastam hari ini mengaku tidak bersalah di...

Lelaki Maut, Papan Iklan...

KALAU sudah ajal.. siapa sangka papan iklan yang tiba-tiba tumbang, menjadi punca seorang...

Guna Saluran Betul Kalau Mahu ‘Sambar’ Pemain

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta mana-mana pasukan berminat untuk ‘menyambar’ pemain pasukan itu pada masa akan datang agar menggunakan saluran betul dan secara profesional.

Beliau berkata adalah tidak wajar jika tawaran diberikan terus kepada pemain tanpa melalui KFA yang telah mengikat kontrak dengan mereka.

“Banyak pemain kita contohnya ditawarkan bermain di peringkat nasional akhirnya tak dapat kembali selepas selesai tugasan di situ. Sepatutnya kena balik ke Kedah kemudian baru kita berurusan kalau ada pasukan lain nak khidmat pemain kita.

“Perkara seperti ini sudah pun berlaku sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan pada program ‘Back To School’ Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Statusnya semalam, membenarkan Muhammad Akhyar Rashid menebus kontrak beliau bernilai RM210,000 kepada KFA.


KFA sebelum ini enggan melepaskan Muhammad Akhyar kerana pemain berkenaan masih mempunyai kontrak dengan persatuan itu. – BERNAMA

Kategori