Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

14 Terbunuh Penunjuk Perasaan...

ANKARA - Agensi berita Turki melaporkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan...

“Saya Tidak Akan Tarik...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman...

Aliza Kim Tinggalkan Arak...

"SETELAH menemui Islam, saya tinggalkan semua kehidupan masa lampau untuk taat pada Allah,"...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berterusan...

Gurun Badain Jaran Tandus Dilitupi Salji

WILAYAH GANSU, China – Sebahagian besar gurun tandus Badain Jaran di barat laut China yang berwarna perang bertukar putih selepas diselaputi lapisan salji pada hujung minggu lalu.

Fenomena aneh padang pasir diselaputi salji tebal di kawasan itu berlaku selepas suhu di sekitar bandar Zhangye di sini menurun kepada -25 darjah Celsius.

Pelancong-pelancong dilihat mengenakan pakaian tebal ketika mengunjungi kawasan padang pasir itu dan tidak melepaskan peluang merakam pemandangan indah selain menikmati pengalaman berjalan di padang pasir bersalji.

Kawasan seluas 47,000 kilometer persegi itu merangkumi wilayah Gansu, Ningxia dan Inner Mongolia merupakan gurun ketiga terbesar di China selain memiliki bukit pasir paling tinggi di Asia iaitu lebih 500 meter.

Gurun Badain Jaran yang bermaksud tasik misteri dalam bahasa Mongolia mempunyai 140 tasik antara bukit-bukit pasir dan warnanya sering berubah disebabkan oleh alga serta mineral di dalamnya. – Agensi/Kosmo Online

Kategori