Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gila Mahalnya… Kendurian DAP...

JIKA sebelum ini, DAP sering mendakwa konon kerajaan menindas rakyat miskin apabila mengenakan...

Najib Tiba Di Peru...

LIMA (Peru) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu...

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Selepas 29 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14...

Rakyat Johor Perlu Bangga...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah rakyat Johor...

Hafreez Pikat Zara Dengan Teh Hijau

KUALA LUMPUR – Lumrah si jejaka menambat hati gadis idaman, bermacam-macam cara digunakan agar si dia tertambat.

Hafreez Adam yang hangat menjalin cinta dengan Zara Zya mendedahkan rahsia teh hijau yang dijadikan ‘umpan’ untuk mendekati hati aktres itu di set penggambaran drama Monalisa, lebih setahun lalu.

“Kali ketiga bertemu Zara di set, saya mulakan langkah… Saya tahu Zara suka teh hijau.

“Jadi, setiap kali datang ke set penggambaran drama yang menggandingkan kami itu, saya belikan dia teh hijau. Untuk mengaburi mata, saya belikan untuk pelakon lain seperti Nazim Othman dan Mona Allen.

“Jika diikutkan hati, mahu beli untuk Zara sahaja… Namun, lama-lama, kru dan pelakon lain perasan ‘permainan’ saya itu,” katanya kepada BH Online.

Akui Hafreez, dia sudah mengenali Zara sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka ketika itu terjalin atas paksi profesional dan teman seperjuangan.

“Jika diikutkan pada 2014, saya dan Zara masing-masing memegang watak pembantu dalam drama pertama lakonan saya yang disiarkan ntv7 iaitu Tanah Merah.

“Kemudian kami menjadi teraju utama dalam drama Puteri Malam terbitan TV9. Namun, ketika itu, habis sahaja penggambaran, kami renggang dan hanya berjumpa pada majlis tertentu,” katanya.

Bertemu buat kali ketiga di set penggambaran drama Monalisa, kata Hafreez, dia masih mengambil pendekatan profesional apabila berdepan Zara.

“Apa yang berlaku adalah semula jadi… Ketika bekerja, saya ada kalanya tidak terlalu serius.

“Zara pula jenis selamba dan kadang-kala ‘ting tong’ (merapu)… Ini mewujudkan rasa selesa antara kami,” katanya.


Akui Hafreez, jika selama ini dia enggan berkongsi kisah peribadi, sebaik menjalinkan hubungan dengan Zara, dirinya menjadi lebih terbuka.

“Hanya tahun ini, saya mula terbuka cakap soal peribadi. Selama ini, semuanya berkisar karier.

“Sebelum ini, bekas kekasih saya orang biasa. Apabila bersama Zara, saya perlu berkompromi. Dia lebih dekat dengan peminat dan gemar berkongsi banyak hal termasuk kisah peribadi… Jadi saya cuba ikut rentak dia.

“Dalam bercinta, kita kena ada tolak ansur… Itu yang saya cuba praktikkan,” katanya.

Ditanya bila agaknya dia dan Zara akan melangsungkan perkahwinan, Hafreez berkata:

“Kami sudah berjumpa keluarga masing-masing. Cuma pertemuan atau perbincangan kedua-dua belah keluarga belum diusahakan lagi.

“Kami masih mencari masa untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Jika diikutkan perancangan, saya sasar tahun depan… Tapi semua itu belum ada kepastian,” katanya. – BH ONLINE

Kategori