Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Indonesia Perketat Harga Tiket...

JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia mengetatkan syarat penjualan tiket tambang murah untuk penerbangan...

UMNO Tolak Syor Lantik...

KUALA LUMPUR - UMNO menolak cadangan untuk melantik bekas Presiden, Datuk Seri Najib...

SKMM Kerjasama Dengan Polis...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia...

Anggota Polis Ditipu Pegawai...

BANGKOK - Kita biasa dengar orang awam ditipu penjenayah tetapi di Thailand, seorang...

Hanya 25 Individu Terima Darjah Kebesaran Selangor

SHAH ALAM – Hanya 25 individu daripada 791 pencalonan terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-73 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata daripada 25 penerima itu, tiga individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Sementara tiga individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’ dan sembilan individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata 10 individu lagi menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Semua penerima telah melepasi tapisan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, katanya.

Mohd Amin berkata pada tahun ini, kerajaan negeri menerima 1,801 permohonan dan daripada jumlah itu, sebanyak 791 adalah permohonan pencalonan bagi darjah dan bintang kebesaran. – BERNAMA

Kategori