Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tanding Presiden FAM: TMJ...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjunjung titah...

Harga Siling Ayam, Telur...

KUALA LUMPUR - Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan,...

Menteri Dalam Negeri Ada...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa...

Lelaki Cedera Tergelincir Dalam...

SEREMBAN - Seorang lelaki berhadapan detik cemas selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam...

Harga Dunia Minyak Mentah Terus Turun

SEOUL – Harga minyak turun hari ini selepas melonjak lapan peratus pada sesi sebelumnya, kerana kebimbangan terhadap bekalan minyak mentah dan ketidaktentuan ekonomi global memberi tekanan kepada harga.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun lapan sen, atau 0.15 peratus, kepada AS$54.39 setong pada 0237 GMT.

Ia menokok lapan peratus kepada AS$54.47 setong sehari sebelumnya.

West Texas Intermediate (WTI) turun 0.19 peratus kepada AS$46.13 setong. Ia melonjak 8.7 peratus kepada AS$46.22 setong pada sesi sebelumnya.

Kedua-dua penanda aras mentah itu turun kira-kira 40 peratus daripada paras tertinggi yang dicapai Oktober lalu.

Saham global melantun Rabu di sebalik usaha pentadbiran Trump untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan laporan berhubung data perbelanjaan musim cuti Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

Shim Hye-jin, penganalisis komoditi di Samsung Securities di Seoul, berkata harga minyak masih rendah walaupun mencatat kenaikan sehari sebelumnya.


“Bagaimanapun, jika pemotongan OPEC dipenuhi, harga WTI dijangka meningkat kepada AS$50-60 setong, sementara Brent dijangka meningkat antara AS$58-70 setong tahun depan.”

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Russia, bersetuju pada mesyuarat awal bulan ini untuk mengehadkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari bermula Januari depan.

Sementara itu, tinjauan awal Reuters mengunjurkan inventori minyak AS akan merosot 2.7 juta tong pada minggu berakhir 21 Disember, menandakan kejatuhan minggu keempat berturut-turut. – Reuters/BH ONLINE

Kategori