Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pasukan Peronda Lebuhraya Bantu...

JEDDAH - Pasukan Peronda Lebuh Raya Tabung Haji (TH) boleh diibaratkan sebagai antara...

Sistem Bil Bersama Air...

SHAH ALAM - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang untuk melaksanakan sistem...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku...

Mia Ahmad Kongsi Gambar...

SELEPAS mengumumkan tarikh pernikahannya dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi, pelakon Mia...

Harga Tiket Melaka River Cruise Naik Lebih 50 Peratus

MELAKA – Harga tiket Melaka River Cruise mengalami kenaikan lebih 50 peratus bagi semua kategori pengunjung bermula hari ini bagi menampung kos pengoperasian produk pelancongan berkenaan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata kenaikan harga tiket itu juga selaras dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memberi nilai tambah bagi produk pelancongan berkenaan dengan memberi keselesaan kepada pengunjung.

Beliau berkata harga baharu bermula RM15 hingga RM30 bagi seorang pengunjung itu akan diselaraskan untuk pengunjung yang menaiki Melaka River Cruise pada hari biasa, hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum.

“Harga baharu berkenaan terpaksa dikenakan kerana PPSPM merupakan sebuah badan berkanun yang beroperasi menggunakan sumber kewangan sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan negeri atau persekutuan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Azlan berkata harga baharu itu juga selaras dengan penambahan jarak keseluruhan laluan bot kepada 19 kilometer yang mengambil masa kira-kira dua jam berbanding sembilan kilometer yang melibatkan masa 45 minit.

Azlan berkata PPSPM berbesar hati untuk memberi diskuan RM3 daripada semua katagori harga tiket baharu yang dikenakan selama sebulan bermula hari ini sebagai promosi dan mengurangkan tekanan pengunjung.


Beliau berkata sebanyak 50 hingga 55 bot baharu dijangka akan dibeli secara berperingkat bermula tahun hadapan bagi menggantikan bot lama terutama yang telah berusia lapan tahun ke atas.

“Setakat ini, kita mempunyai sebanyak 41 bot namun hanya 32 bot yang beroperasi sepenuhnya dan jumlah itu belum cukup untuk menampung jumlah pengunjung,” katanya. – BERNAMA

Kategori