Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jerman Hantar Pulang 1,500...

BANJUL - Seramai 1,500 warga Gambia yang tiba di Jerman tanpa dokumentasi, akan...

Tahun Baru: Penyokong Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Selepas mengganggu kemeriahan orang ramai menyambut sambutan ambang kemerdekaan pada...

Muhyiddin Menghadap Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersembahkan kepada Sultan...

NIOSH Anjur Kursus Juruaudit...

SANDAKAN - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) buat julung kali menganjurkan...

Hatrik Firmino Benam Gunners

LIVERPOOL, England – Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield untuk melonjak sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris ketika hatrik Roberto Firmino mencetus inspirasi kemenangan besar 5-1 ke atas Arsenal, awal pagi tadi.

Mohamed Salah dan Sadio Mane turut meledak gol ketika tiga penyerang Liverpool semuanya menjaringkan gol dalam perlawanan sama buat kali pertama musim ini.

Liverpool ketinggalan di laman sendiri dalam liga buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun apabila Ainsley Maitland-Niles menampan masuk hantaran silang Alex Iwobi selepas 11 minit.

Bagaimanapun, pendahuluan itu hanya bertahan tiga minit apabila Firmino menghukum kesilapan benteng Arsenal untuk menyamakan kedudukan sebelum melepasi kawalan Shkodran Mustafi dan Sokratis Papastathopoulos bagi gol keduanya tiga minit kemudian.

Gol Mane dan penalti Salah sudah memastikan kemenangan buat Liverpool ketika rehat dan Firmino melengkapkan hatriknya menerusi penalti ketika anak buah Juergen Klopp meneruskan rekod permulaan tanpa kalah musim kepada 20 perlawanan dan mencerahkan peluang bagi kejuaraan liga pertama sejak musim 1989-1990.


Manchester City kini ketinggalan di belakang pendahulu dengan 10 mata dan sekalipun jika mereka mengurangkan jurang kepada tujuh dengan kemenangan di Southampton malam ini, juara bertahan itu perlu menamatkan musim luar biasa Liverpool setakat ini apabila kedua-dua pasukan bertemu Khamis ini di Etihad.

Impian kejuaraan Tottenham terencat apabila Wolves meledak tiga gol dalam 18 minit terakhir untuk menang 3-1 di Wembley pada perlawanan terdahulu sekali gus menceriakan penyokong Anfield sebelum sepak mula. – AFP/BH ONLINE

Kategori