EDEN Hazard berhasrat untuk menjadi legenda Chelsea selepas beliau beraksi dengan penuh gaya dalam perlawanan pada Rabu.
Jaringan yang diraihnya sekali gus menjadikan golnya buat kelab itu mencecah angka 100.
Perlawanan antara kedua-dua kelab dari London menyaksikan Chelsea menewaskan Watford, dengan 2-1.
Mengikut rekod, Hazard telah menjaringkan gol sebanyak 79 kali dalam Liga Perdana Inggeris, 10 di Eropah dan 12 lagi bagi pelawanan piala tempatan.
Hazard dilihat terus menjadi contoh yang konsisten buat kelab di Stamford Bridge itu, meskipun pengurus kelab sentiasa bertukar.
“Sekarang, saya fikir saya, para penyokong dan pemain mahu lebih. Saya mahu menjaringkan lebih banyak gol untuk kelab dan mahu menjadi seorang legenda seperti (Frank) Lampard, (Didier) Drogba dan cuba menjadi sehabis baik.
“Sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan cuba untuk memenangi perlawanan. Saya cuba melakukan yang terbaik dan hari ini saya beraksi dengan baik,” ujar Hazard.
Gol pertama Hazard di Chelsea disaksikan di Stamford Bridge ketika menentang Newcastle United, pada 25 Ogos 2012. – Mail Online/mStar Online