Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Palanivel Umum Lantikan Baharu,...

KUALA LUMPUR - Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai lantikan beberapa...

Perumahan Mampu Milik Antara...

KUALA LUMPUR - Satu daripada fokus utama kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah menyediakan...

Pramugari Maut Terjun Dari...

SEORANG pramugari ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, semalam.Ketua...

Tiada Kes Difteria Dilaporkan...

JOHOR BAHARU — Tiada kes difteria dilaporkan setakat 10 tahun kebelakangan ini di...

Hentikan Jual Air Guna Tin Kitar Semula – KKM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta peniaga makanan menghentikan penggunaan bekas tin susu yang dikitar semula dalam penyediaan minuman kerana boleh mendatangkan risiko kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan Peraturan 27 iaitu Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan bungkusan yang boleh mengeluarkan bahan beracun, merosakkan, mencacatkan atau yang membantu dalam pemerosotan kualiti makanan adalah dilarang.

“Kebersihan tin kitar semula diragui kerana sukar dibersihkan dengan sempurna disebabkan reka bentuk tin dan kemungkinan terdapat permukaan tin yang kemik selain boleh mencederakan pengguna semasa minum akibat permukaan yang tajam.

“Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, peniaga hendaklah menggunakan bekas minuman yang bersesuaian dengan jenis minuman bagi mengelakkan pencemaran makanan dan risiko kepada kesihatan.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung sebuah kedai makan di Pulau Pinang dipercayai menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu yang dikitar semula. – BERNAMA

Kategori