Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rating Jatuh Mungkin Punca...

SECARA umum, bagi penduduk Johor atau mereka yang pernah berada di negeri selatan...

Perlu Minta Kebenaran Pihak...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengingatkan orang ramai termasuk pelajar sekolah agar tidak...

Wajarkah Hukuman Ahli Kongsi...

KUALA LUMPUR - Keputusan Timbalan Pendakwa Raya meminda pertuduhan ke atas 57 ahli...

Manchester United Terus Ikat...

PEMAIN muda Belgium berusia 16 tahun menjadi milik Manchester United. Largie Ramazani merupakan bekas...

Hormati Keputusan Nurul Izzah – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli parti dan rakyat Malaysia menghormati keputusan anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata ia tidak dapat disangkal bahawa keputusan itu adalah satu kerugian besar bukan sahaja kepada anggota PKR tetapi juga kepada seluruh negara.

“Saya dan Nurul Izzah telah membincangkan secara panjang lebar mengenai hasratnya untuk meletak jawatan. Bukan kehendak saya untuk mengumumkan butiran, tetapi saya tahu bahawa berdasarkan tempo perkembangan politik yang tidak henti-henti selama sembilan bulan terakhir, “dia letih dan kecewa dengan percaturan oleh mereka yang lebih berminat bermain politik dan tidak memberi tumpuan untuk membantu rakyat.

“Walaupun dilantik sebagai Naib Presiden dengan majoriti besar dan dilantik Pengerusi PKR Pulau Pinang dengan sokongan majoriti ketua-ketua parti di negeri itu, beliau memilih untuk meletak jawatan. Oleh itu, berilah ruang untuk beliau membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ” kata beliau.

Nurul Izzah, yang dikenali sebagai “Puteri Reformasi” semasa awal pergerakan reformasi mengumumkan keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh sehingga tamat tempoh penggal.


Menurut Anwar, ramai yang berfikir bahawa ia berupa tindakan yang mengikut gerak hati yang tidak difikirkan dengan baik tetapi beliau percaya ia adalah selari dengan perwatakan seseorang yang sentiasa berani untuk memperjuangkan cita-cita dan kepercayaannya.

“Berdasarkan rasa tanggungjawab dan komitmennya, yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi, saya tidak ragu-ragu bahawa beliau akan terus berkhidmat dengan baik dan terpuji,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori