Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiga Pemandu Lori Didakwa...

TELUK INTAN - Tiga pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Joy Revfa Minta Bukti...

BELUM tamat lagi rupanya kontroversi yang terpalit pada pengasas kosmetik Joy Revfa gara-gara...

AGM PPBM: Lebih Ramai...

PUTRAJAYA - Lebih ramai dijangka tampil membuat laporan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)...

Ambil Alih Projek NFC...

PONTIAN - Proses pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan dimuktamadkan dalam masa...

Hotel Tawar Katil Berkonsepkan Rahim Ibu

LONDON – Sebuah hotel butik di sini menawarkan bilik tidur berkonsepkan rahim ibu dengan kemudahan katil berbentuk kepompong untuk membantu penginap mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Hotel yang dinamakan sebagai The Zed Room itu terletak di kawasan bandar Shoreditch di sini dan ia adalah hasil kerjasama dua firma iaitu Simba dan Cuckooz. Setiap bilik ditawarkan pada harga Ā£190 (RM1,000) untuk penginapan satu malam.

Kumpulan pereka mengambil masa selama sembilan bulan untuk menyiapkan konsep rekaan dalaman bilik dan katil tersebut. Mereka mendakwa penginap akan berasa lebih nyaman dan selamat seolah-olah seperti berada dalam rahim ibu.

Pakar psikologi tidur Simba, Hope Bastine menjelaskan pengenalan reka bentuk itu adalah untuk membantu mengatasi masalah pengunjung hotel yang sukar untuk tidur nyenyak. ā€“ Agensi

Seorang wanita tidur atas katil yang mengetengahkan konsep binaan seakan-akan rahim wanita di The Zed Room, London di Britain. – AGENSI/BH ONLINE

Kategori