Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Adib: Keputusan Rayuan...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Januari depan...

93 Kematian COVID-19 Dilaporkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 93 kematian baharu akibat jangkitan...

Lebih 11,000 Pengembara Lepasi...

SINGAPURA: Lebih 11,000 pengembara berjaya melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh...

JDT Kalahkan Selangor, Pertahan...

JOHOR BAHRU - Juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul...

Houthi, Tentera Kerajaan Saling Menuduh Cabul Gencatan

KUMPULAN Houthi dan pasukan yang setia kepada kerajaan Yaman saling menuduh satu sama lain mencabul gencatan senjata di bandar pelabuhan Hudaydah, kurang 24 jam selepas perjanjian diselia PBB berkuatkuasa.

Penduduk tempatan melaporkan serangan bom berlaku selama hampir sejam di timur dan selatan bandar itu pada Selasa, yang lokasi strategiknya sebagai sebuah pelabuhan menjadikannya laluan 70 peratus import Yaman.

Televisyen al-Masirah yang pro-Houthi mendakwa pasukan disokong Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengebom beberapa lokasi termasuk kawasan timur lapangan terbang.

Sementara itu, WAM, agensi berita UAE memetik sumber tempatan melaporkan pihak Houthi menembak mortar dan roket ke arah sebuah hospital di kawasan pinggir bandar di timur.

“Kami telah perhatikan keseluruhan 21 pencabulan berlaku sejak gencatan senjata bermula,” seorang anggota gabungan Saudi dan UAE memberitahu agensi berita AFP.

Beliau bimbang sekiranya tindakan lambat diambil, perjanjian kali ini akan berakhir.


AFP melaporkan pada Rabu yang bandar Hudaydah tenang walaupun berlaku beberapa pertempuran pada waktu malam.

“Situasi masih rapuh dan keadaan ini dijangka kekal untuk beberapa hari,” kata Hakim Almasmari, ketua editor akhbar Yemen Post.

Beliau bagaimanapun yakin apabila pemerhati PBB tiba untuk meninjau nanti, keadaan akan lebih tenang. – Al-Jazeera

Kategori