Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rafizi ‘Kantoi’ Congak Ikut...

KUALA KANGSAR - Bagi sesiapa tidak belajar ilmu bisnes, tentu 'terlopong' percaya tohmahan...

Saharul Ridzwan Mahu Jadi...

PELAKON popular tempatan, Saharul Ridzwan turut mencuba asah bakatnya dalam bidang nyanyian pula. Memilih...

Kepimpinan PKR Belum Bincang...

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi PKR belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerusi Parlimen...

PRU15: Bubar DUN Berasingan...

JASIN : Keputusan enam kerajaan negeri enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing...

HSNZ Rayu Orang Ramai Derma Darah

KUALA TERENGGANU – Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengajak orang ramai menderma darah bagi menampung masalah kekurangan bekalan itu yang sering berlaku pada penghujung tahun.

Pakar Perubatan Transfusi Darah HSNZ, Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata bekalan darah di hospital berkenaan mencatat trend penurunan susulan musim tengkujuh yang bermula Oktober lalu hingga awal tahun depan.

“Di Terengganu masalah kekurangan bekalan darah selalu berlaku pada bulan puasa dan hujung tahun kerana golongan Islam yang merupakan penduduk majoriti di negeri ini berpuasa manakala pada akhir tahun pula mereka sibuk dengan persiapan menghadapi banjir dan percutian.

“Walaupun belum di paras kritikal, kami amat menggalakkan orang ramai supaya menderma untuk tabung darah HSNZ pada musim ini. Selain hospital, lokasi kempen derma darah lain juga boleh diketahui dengan melayari laman Facebook, Derma Darah Terengganu Kita,” katanya selepas majlis perasmian Program Menderma Darah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Naib Yang Dipertua Maksak I Terengganu, Datuk Nik Nasarudin Mohd. Zawawi.


Mengulas lanjut, Mohd Muhaimin berkata keperluan darah untuk seluruh negeri ketika ini adalah sebanyak 50 pain sehari, atau 1,500 pain sebulan bagi menampung penggunaan di HSNZ dan dihantar ke hospital-hospital daerah di Terengganu.

Beliau berkata bekalan paling tinggi ialah untuk pemindahan darah kira-kira 200 pesakit talasemia di negeri ini pada setiap bulan serta penggunaan di dewan bersalin, kecederaan teruk akibat kemalangan dan perawatan pesakit di wad.

“Pihak hospital juga memerlukan lebih banyak darah jenis ‘O’ daripada penderma kerana jenis darah ini sesuai digunakan untuk semua pesakit. Jika ada kes kecemasan memerlukan pemindahan darah kita akan menggunakan darah jenis ‘O’ dahulu sebelum diperiksa dan ditentukan jenis darah pesakit untuk rawatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori