Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nizar Didakwa Semula Kerana...

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semula...

Polis Hatyai Mungkin Dakwa...

BANGKOK - Cerita warga asing khasnya pelancong diculik bukan sahaja boleh menjejaskan imej...

Gara-Gara Wajah Serupa, Lelaki...

KANSAS – Gara-gara berwajah sama, seorang lelaki terpaksa meringkuk selama 17 tahun di...

Kerajaan Bayar Royalti Minyak...

KUALA LUMPUR - Bayaran royalti minyak daripada 10 lapangan pengeluaran minyak tidak akan...

Hubungi 085-430389 Segera Jika Kawasan Dilanda Banjir Di Miri

MIRI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta orang awam di sini untuk menghubungi talian 085-430389 jika kawasan mereka dilanda banjir pada musim tengkujuh ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, talian APM Miri tersebut beroperasi 24 jam dan pada masa sama orang awam boleh menghubungi pejabat-pejabat daerah serta yang berhampiran dengan lokasi untuk mendapatkan bantuan.

“APM Miri telah bersedia menghadapi Monsun Timur Laut dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 53 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hazle berkata dari segi aspek logistik, APM Miri mempunyai sebuah lori seberat 0.5 tan, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah ambulans dan empat buah bot sebagai persediaan menghadapi banjir.

Pada 26 Okt lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (Monsun Timur Laut) dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata, 107 pusat pemindahan telah disediakan di enam lokasi di sini yang mampu memuatkan secara keseluruhan 31,005 mangsa banjir sebagai persediaan menghadapi musim hujan yang dijangka berlarutan sehingga Mac 2019. – BERNAMA

Kategori