Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan PH Gagal Tunai...

HARAPAN rakyat untuk menikmati janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghapuskan semua tol...

Keluarga Penumpang Pesawat MH370...

JITRA - Keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370, Jee Jing Han, 42, masih...

Rantai Anak Setahun Hingga...

POLAND – Seorang wanita yang mengalami masalah mental, telah merantai anak perempuannya yang...

Keadaan Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih pagi ini apabila jumlah...

Ibu Mahu Lihat Wajah Penjenayah Sebabkan Kematian Adib

ALOR SETAR – Ibu kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim menyuarakan hasrat untuk melihat sendiri wajah penjenayah yang bertindak kejam membelasah anaknya sehingga meninggal dunia.

Menurut Asma Aziz, 51, dia mahu semua penjenayah terlibat termasuk dalang kejadian rusuhan itu ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

“Walaupun hati saya pasti sakit tetapi saya tetap mahu tengok muka-muka mereka (kumpulan perusuh) yang sanggup buat Adib seperti itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, perbuatan kejam kumpulan perusuh yang membelasah anak kesayangannya itu sama sekali tidak boleh dimaafkan.

“Saya harap semua yang terlibat dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap Adib,” ujarnya sebak.


Katanya, dia masih trauma dan tidak mampu lagi untuk menerima kejadian menimpa anak kedua daripada empat beradik itu.

“Saya tidak boleh tidur lena kerana asyik memikirkan Adib dan sehingga saat ini, saya masih tidak mampu untuk mengunjungi kuburnya,” katanya. – K! ONLINE

Kategori