Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

MP DAP Saran Anggota...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng meminta semua ahli...

P.Pinang Belum Dalam Zon...

GEORGE TOWN - Pulau Pinang masih belum mencapai tahap risiko krisis air atau...

Tercabut Akibat Ribut: DBKL...

PETALING JAYA : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak memasang dinding sementara di...

Maria Farida – ‘Artis...

SIAPA sangka pelakon Maria Farida pernah meninggalkan lokasi penggambaran gara-gara tidak tahan menunggu...

ICERD Turut Ancam Pribumi Sabah & Sarawak – Zahid

KUALA LUMPUR – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan sahaja mengancam nasib masyarakat Melayu, tetapi juga pribumi di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak perlu bersama-sama dengan masyarakat Melayu membantah usaha pihak tertentu untuk meratifikasi ICERD.

“Bantahan ICERD bukan isu politik, sebaliknya kesan jangka panjang kepada Islam, Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.

“Jadi kita mengingatkan kerajaan yang ada hari ini supaya mengambil kira bantahan seramai 500,000 umat Islam di Dataran Merdeka ini.

“Jangan main-main dengan kita (umat Islam). Bantahan hari ini adalah permulaan kepada kebangkitan kita,” katanya berucap pada Himpunan Penolakan Ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka di sini, hari ini.


Dalam pada itu Ahmad Zahid, berkata UMNO akan meneruskan kerjasama dengan PAS berhubung isu membabitkan Islam.

“UMNO dan PAS akan terus bekerjasama jika ada isu babitkan Islam dan Melayu,” katanya. – BH ONLINE

Kategori