Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Insiden Campak Ular: KPWKM...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat...

Polis Kesan Penyebar Berita...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah...

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral...

TPM Dakwa Ada Gerakan...

KUALA LUMPUR - Terdapat individu yang sedang berusaha untuk mendapatkan akuan berkanun (SD)...

Industri Halal Perlu Kekal Berdaya Saing Seiring Revolusi Industri 4.0

SHAH ALAM – Industri halal khususnya syarikat tempatan digesa menyesuaikan diri untuk terus kekal berdaya saing bukan hanya di peringkat domestik tetapin juga di peringkat global seiring dengan Revolusi Perindustrian ke-4 (Industri 4.0).

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Datuk Hasan Azhari Idris berkata penyesuaian itu tidak dapat dielakkan dan bukan pilihan kerana ia memberi banyak manfaat kepada perkembangan industri berkenaan.

“Antara cabaran dalam mengantarabangsakan industri halal ialah berdepan dengan Industri 4.0. Kemajuan teknologi yang semakin pesat kini turut mengubah keadaan ekonomi dan pekerjaan,” katanya ketika berucap pada majlis ‘town hall’ untuk kajian dan penyediaan Pelan Tindakan Hala Tuju Industri Halal Negeri Selangor (Selangor Halal Action Plan) 2018-2028 di sini, hari ini.

Majlis yang bertujuan membentangkan perkembangan pembangunan Pelan Tindakan Khas Hala Tuju Industri Halal Negeri Selangor serta mendapatkan kerjasama pelbagai pihak bagi inisiatif-inisiatif yang telah dibangunkan, dirasmikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Hasan Azhari berkata perkembangan industri halal di Malaysia pada hari ini secara keseluruhannya turut disokong oleh perkembangan industri kewangan Islam.

“Pihak Invest Selangor telahpun mengadakan perbincangan bersama pihak AIBIM (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia) dan bakal mengadakan satu MoU bagi membantu serta memastikan pihak SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana) mendapat manfaat serta menjadi pemudah cara kepada bantuan dan sokongan kewangan.

“Sebagai makluman juga, mengikut statistik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada masa kini sebanyak 2,063 buah syarikat telah mendapat pensijilan halal di Selangor dan dijangka meningkat kepada 2,475 (peningkatan 15 hingga 20 peratus) pada tahun berikutnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa inisiatif dan langkah awal akan dilaksanakan antaranya memperkasan Halal International Selangor (HIS) sebagai sebuah pusat latihan bagi melahirkan Halal Eksekutif dan Halal Auditor yang bertauliah.

Selain itu, katanya program galakan usahawan bagi mendapatkan pensijilan halal akan dipertingkat termasuk membantu SME mendapatkan standard ISO, Analisa Kemudaratan Tahap Kritikal (HACP) dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bagi membolehkan produk keluaran mereka menembusi pasaran antarabangsa.


Beliau berkata Invest Selangor juga akan mengetengahkan program produk ‘Made in Selangor’ menerusi penubuhan Selangor Halal Cosmetic Valley iaitu antara projek besar yang akan dibangunkan di Selangor pada 2019.

“Ia pasti akan menjadi satu daya tarikan baharu pelabur khususnya dalam industri komestik ini. Industri kosmetik halal merupakan industri baharu yang sedang berkembang di peringkat antarabangsa dan menjadi potensi baharu untuk negeri Selangor,” katanya.

Pelan Hala Tuju khusus bagi Industri Halal Negeri Selangor 2018-2028 merupakan antara langkah kerajaan negeri untuk memperkasa industri halal sejajar dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai hab halal global.

Pelan itu juga merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Invest Selangor dalam merangka strategi serta kaedah terbaik untuk mempertingkat dan menambah baik ekosistem industri halal di Selangor berdasarkan penyelidikan dan pembangunan, Industri 4.0, piawaian pensijilan dan pembiayaan.

‘Selangor Halal Action Plan’ juga merupakan kesinambungan Pelan Hala Tuju Industri Halal Malaysia yang telah dibuat oleh pihak Halal Development Corporation (HDC) dan merupakan yang pertama dilaksanakan di peringkat negeri di negara ini.

Pelaksanaan kajian dan penyediaan Pelan TIndakan Khas Hala Tuju Industri Halal Negeri Selangor 2018-2028 yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, HDC, Majlis Agama Islam Selangor, JAIS dan UPEN, dihadiri oleh kira-kira 400 peserta daripada agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor serta pihak industri. – BERNAMA

Kategori