KUALA LUMPUR – The International Compliance Association (ICA) membuka pejabatnya di Malaysia bagi mengembangkan komuniti pematuhan globalnya.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Serantaunya Andrew Glover berkata pejabat tempatan ICA akan meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pegawai pematuhannya di Malaysia.
“Ini, serta tugasan ICA bersama pemegang kepentingan utamanya di rantau ini, akan membantu Malaysia memacu komuniti kewangan ke aran kecekapan dan akauntabiliti yang lebih telus, sekali gus mengukuhkan pasaran kewangan Malaysia,” katanya.
Antara lain, ICA menawarkan kelayakan profesional diperakui di peringkat antarabangsa dalam melaksanakan pematuhan pelaburan wang haram, serta menangani pembiayaan untuk keganasan di rantau ini menerusi rakan usaha samanya, Asian Institute of Chartered Bankers dan Institut Insurans Maaysia, katanya.
Menerusi rakan industri tempatan ini, ICA menyediakan latihan, bukan sahaja untuk inisiatif dan syarat global, malah khusus untuk memenuhi peraturan tempatan. – BERNAMA