Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nik Aziz Teringat Solat...

PETALING JAYA - "Hari ini, ayahanda teringat solat Jumaat," begitulah catatan terkini Nik...

India Catat 255,874 Kes...

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 39,799,202 pada Selasa, apabila 255,874...

Video Tidak Hormat Lagu...

KUCHING - Video sekumpulan individu tidak menghormati lagu kebangsaan, Negaraku menjadi tular di...

Sudah 100 Tahun, Nenek...

MESKIPUN umur sudah menjangkau 100 tahun, seorang nenek masih lagi bersemangat untuk mengundi...

Israel Sengaja Mahu Hapus Sejarah Islam Baitulmaqdis

ZIONIS Israel sengaja mahu menghapuskan kesan sejarah warisan umat Islam di Baitulmaqdis sejak 50 tahun lalu, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat lalu, lapor Anadolu Agency.

“Kamu (Israel) tidak akan berjaya menghapuskannya,” kata Erdogan dalam satu pertemuan antara ahli parlimen berkenaan Baitulmaqdis di Istanbul.

“Kamu menipu diri sendiri jika kamu fikir identiti spiritual Baitulmaqdis boleh dihapuskan dengan memindahkan kedutaan asing ke sana,” kata Erdogan.

Keadaan di wilayah Palestin yang diduduki semakin tegang sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sejak tahun lalu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Baitulmaqdis kekal sebagai punca utama konflik Israel-Palestin.

Pihak Palestin berharap Baitulmaqdis Timur akhirnya akan dapat dijadikan ibu negara Palestin satu hari nanti.


Erdogan turut mengecam tindakan mengaitkan kritikan terhadap Israel dengan anti-semitisme.

“Beberapa negara Eropah menyebelahi AS dan tidak bersuara terhadap penaklukan Israel kerana rasa bersalah akibat apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua.”

Katanya, mengebom kanak-kanak yang bermain bola di pantai Gaza ialah jenayah kemanusiaan yang sama dahsyatnya dengan Holocaust.

Menurut presiden Turki itu lagi, Baitulmaqdis bukan semata-mata isu Palestin tetapi perjuangan bersama umat Islam. – MEM

Kategori