Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Seorang Anggota STING Maut...

REMBAU - Seorang anggota polis Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) maut selepas...

Atlit Olimpik England Bogel,...

LIMA pemain dari pasukan ragbi wanita England yang bakal menyertai kejohanan sukan terbesar...

Guna Teknik Cantuman Dewasa...

BATU KURAU - Pekebun durian di sini digalak menggunakan teknik cantuman dewasa menggunakan...

Mangkuk 1,000 Tahun Dilelong...

HONG KONG - Sebuah mangkuk berusia 1,000 dari Dinasti Song, China dijual pada...

Itu Gambar Lama, Bincang Politik Semasa – Mohamad

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa gambar beberapa pemimpin tertinggi UMNO bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tular sejak malam tadi adalah gambar lama.

“Itu gambar lama, saya tak akan lompat parti,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Tun M
‘Gambar Tulen Tapi Lama’

Beliau mengulas gambar yang tersebar itu menunjukkan kehadiran Mohamad bersama Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Dr Mahathir.

Mohamad berkata gambar tersebut dirakam selepas Dr Mahathir kembali daripada lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Dr Mahathir berada di UK dan New York dari 22 Sept hingga 1 Okt.

Mohamad berkata mereka menemui Dr Mahathir dengan tujuan menyelamatkan parti UMNO berusia 72 tahun susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei lalu.


“Kunjungan hormat saya bersama anggota Majlis Tertinggi UMNO untuk bincang keadaan politik semasa, termasuklah minta penjelasan daripada Dr Mahathir tentang kenyataan beliau di New York bahawa UMNO akan berkubur.

“Saya minta Dr Mahathir supaya jangan bubarkan UMNO,” katanya.

Gambar tersebut ditular beberapa pihak kononnya pemimpin tertinggi UMNO itu berjumpa Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dengan tujuan untuk keluar parti, rentetan kemelut politik UMNO Sabah yang menyaksikan ramai wakil rakyat dan pemimpin utama UMNO di negeri itu keluar parti semalam. – BERNAMA

Kategori