Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Enggan Pakai Solekan Pada...

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang pengantin perempuan, Bisola Umoren telah mencetuskan perdebatan di media...

Ubah Suai Lori Seludup...

LICIK dan semakin berani! Sindiket penyeludupan daun ketum di sempadan negara dikesan menggunakan...

Harga Diesel Nelayan C2...

KUANTAN : Tidak pernah berlaku dalam sejarah harga minyak diesel untuk nelayan C2...

Harga Beras SST Sedang...

MUAR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang menyelaraskan harga beras Super Spesial...

Izzah Letak Jawatan Kerana Prinsip

Rafizi Ramli melihat keputusan Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR sebagai satu tindakan yang berprinsip.

Jelas Rafizi, beliau melihat Nurul Izzah mengambil tindakan agar boleh kekal bersuara “secara objektif” dalam membawa isu-isu rakyat.

“Beliau bukan mengundurkan diri dari politik. Beliau kekal memainkan peranan penting di Parlimen dan persada politik tana hair. Beliau hanya mengundurkan diri dari jawatan kanan parti.

“Saya ingin mengambil sudut positif dari keputusan tersebut. Saya membacanya sebagai satu tindakan berprinsip untuk membolehkan beliau kekal bersuara secara objektif membawa isu-isu rakyat yang selari dengan idealisme reformasi,” kata Rafizi.

Hari ini, selain jawatan naib presiden PKR, Nurul Izzah turut melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang. – Malaysiakini.com

Kategori