Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bomba Lancar Kelab Ketua...

SHAH ALAM - Kelab Ketua-ketua Balai Bomba (KKB) Selangor dilancarkan hari ini bagi...

Empat Lelaki Menyamar Jadi...

JABATAN Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di...

Hujan, Ribut Jejas Aktiviti...

LANGKAWI - Kejadian angin kencang dan hujan berterusan yang membadai pulau peranginan ini...

Mayat Berteraburan Beberapa Letupan...

KABUL - Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 84 yang lain cedera dalam beberapa...

Jamaah Haji, Umrah Kelainan Upaya Nikmati Kemudahan Baharu

JAMAAH haji dan umrah yang kelainan upaya kini memperolehi kemudahan baharu di Makkah dan Madinah yang memudahkan kegiatan ibadah mereka.

Bahasa isyarat, al-Quran Braille dan kerusi roda elektrik antara kemudahan terbaru di dua bandar itu untuk membantu jamaah haji dan umrah yang datang dari seluruh dunia.

Seorang pegawai di jabatan yang menguruskan hal ehwal dua masjid suci di Arab Saudi berkata mereka yang kelainan upaya sangat bersemangat dan kemudahan-kemudahan terbaru disediakan untuk mereka supaya lebih mudah beribadah dan tidak terganggu.

Ahmed al-Burqati, yang diamanahkan membantu jamaah haji dan umrah berkata kini terdapat jalan masuk baharu untuk memudahkan akses ke kawasan solat, termasuk di tingkat bawah dan tingkat satu di kawasan tambahan Masjidil Haram di Makkah.

Kemudahan lain yang disediakan termasuk peranti pen membaca al-Quran, dan khidmat memegang dan menyimpan al-Quran bagi yang tidak mampu memegangnya.

Naskah al-Quran dan bahan bacaan agama dengan tulisan Braille juga disediakan, selain khidmat pakar membantu jamaah kelainan upaya semasa solat dan bergerak di kawasan masjid. – AN

Kategori