Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Suspek Kes Samun...

Tumpat : Dua individu ditahan berhubung kes samun di kedai pajak gadai emas...

Nama 5 Doktor Didakwa...

Georgetown : Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan...

3 Individu Terbabit Kehilangan...

Sepang : Tiga individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes kehilangan remaja...

El Nino Hingga Ramadan,...

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka...

Jambatan Sungai Nenggiri Dibuka Semula Kepada Pengguna

GUA MUSANG – Jambatan sementara menghubungkan laluan Gua Musang-Jeli di Kampung Pulau Setelu yang tenggelam pagi tadi dibuka semula kepada semua kenderaan pada pukul 2 petang tadi selepas paras air Sungai Nenggiri kembali surut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang Mohd Yusalmi Mohd Yusoff berkata walaupun jambatan itu sudah dibuka kepada semua kenderaan namun masih terdapat sisa kayu yang tersekat dan belum dibuang.

“Ketika kenderaan dibenarkan melalui jambatan itu keadaan air sungai berkenaan belum surut sepenuhnya dan akan mengadakan gotong-royong dengan penduduk bagi membersihkan sisa kayu yang terlekat di jambatan berkenaan.

Selain itu, APM Gua Musang turut menempatkan dua anggota di jambatan berkenaan bagi mengawasi sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori