Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lagi Anggota Polis Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal direman tujuh hari bagi...

Polis Masih Tunggu Laporan...

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu laporan antaranya daripada Jabatan Kimia dan laporan...

Kes Rohana: Beberapa Individu...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu lain berkait...

Rekod Straw Paling Banyak...

NEW DELHI - Seorang lelaki di India berjaya mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia...

Jangan Usik Famili Saya, Pergi ‘Bawang’ Tempat Lain

PELAKON Faye Kusairi bertindak memuat naik gambar anak lelaki bersama dua anak tirinya sebagai ‘belanja’ kepada segelintir pengikutnya yang gemar perkatakan tentang hubungan mereka.

Faye turut memberitahu dia juga mempunyai hubungan rapat dengan Yanti iaitu bekas isteri suaminya pengarah Azmi Hatta yang juga ibu kepada dua anak tirinya iaitu Azam, 17 dan Aqif, 16 tahun.

“Bagi yang suka menyibuk sangat tanya Alif ni tiada bergambar dengan adik-beradik dia ke tak tu, ni ha… Sis repost gambar throwback Alif tiga hari selepas kelahiran dia yang diambil di rumah ibu bapa saya.

“Malah Kak Yanti (ibu kepada anak-anak tiri saya) dan abang-abang kepada Alif yang kacak ni tunggu saya di luar bilik bersalin bersama keluarga saya, menunggu nak menyambut kelahiran Alif.

“Dan saya memang sangat akrab dengan Kak Yanti malah beliau juga sangat rapat dengan keluarga suami,” katanya menerusi Instagram.


Faye memuat naik gambar anaknya bersama dua anak tirinya dan ibu mereka di Instagram.

Dalam pada itu, Faye berkata, walaupun dia tidak perlu menjelaskan mengenai perkara peribadi kepada orang luar namun dia mengambil keputusan untuk ‘melayan’ kerana berasa jengkel dengan pertanyaan berhubung hal itu.

Pinta Faye lagi, dia berharap selepas ini tiada lagi netizen yang cuba menjentik isu peribadi terutama berkaitan keluarganya di laman sosial.

“Jadi acik-acik bawang, dah tak payah kot nak cuba jual bawang hangit dekat Instagram saya.


“Jangan usik keluarga besar saya. Pergi membawang tempat lain. Anda tidak dialu-alukan di sini.

“Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa tapi sebab korang menjengkelkan sangat, saya layan juga la sekali-sekala. Apa ada hal… Huhu,” katanya.

Faye dan Azmi berkahwin pada 9 April 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Alif Azmi yang dilahirkan pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun. – mStar Online

Kategori