Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Reman 5 Suspek Kes...

KUALA LUMPUR : Lima individu yang ditahan berhubung kes penipuan haji furada yang...

Saya Tidak Pernah Menipu...

Semalam, negara telah diselubungi dengan satu berita mengecewakan apabila pemain nombor satu negara...

Anwar Terima Kunjungan Ustaz...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menerima...

Pengguna Teruja Berbelanja Selepas...

KUANTAN - Kadar sifar peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang brmula hari...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

IPOH – Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Lebih 500 anggota keluarga, sahabat serta penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disolatkan di Masjid Saidina ‘Umar Al-Khattab Kampung Serdang Permai selepas tiba di kediamannya kira-kira pukul 5 pagi dari Johor.

Terdahulu, bapa arwah, Nor Azman Mad Darus yang juga bekas pelumba ketika ditemui pemberita di rumahnya berkata mereka sekeluarga amat terkesan dengan pemergian Mohd. Hafiz dan menyifatkan beliau sebagai anak yang baik.

“Bulan depan sepatutnya dia bawa saya, mak dan kakaknya menunaikan umrah, dia simpan duit kemenangan dia untuk bawa kami. Saya terkilan tentang benda ini…dia anak yang baik.

“Maknya pula masih lagi bersedih dan sukar nak terima arwah sudah tiada sebab malam sebelum kemalangan dia tidur dengan mak dia,” katanya.


Dalam pada itu, beliau juga meminta supaya pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu agar kejadian sama tidak berulang.

“Saya serah pada yang berkaitan agar mereka tengok keadaan (litar) adakah semasa perlumbaan selamat atau tidak sebab takut benda ni akan berulang lagi,” katanya.

Jelas beliau perlumbaan semalam merupakan perlumbaan kedua anaknya di litar terbabit selepas mula berlumba sejak 2010.

Mohd. Hafiz merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar di Johor, semalam. – BERNAMA

Kategori