Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebuh Raya Pantai Timur...

Menurut Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)...

Buntat Minat Berlakon, Sedia...

SELEPAS melakonkan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku, Muhammad Ariff Abdullah,...

RCI Forex BNM: Adakah...

APAKAH penjelasan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada RCI melalui kenyataan bertulisnya itu...

Pasukan Khas Buru Peniaga...

SEMPENA musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) ke-14, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk...

Jenazah 3 Beradik Lemas Selamat Dikebumikan

PASIR MAS – Jenazah tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam selamat dikebumi di tanah perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini hari ini pada kira-kira pukul 6.55 petang.

Sebelum itu, jenazah Nurain Sofia , 8; Nurain Salsabila, 6; dan Nurain Fatma Zawawi, 10; tiba di masjid kampung itu pada pukul 6.15 petang selepas dibawa keluar dari Hospital Dungun pada pukul 2.30 petang.

Ketiga-ketiga jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad.

Majlis pengebumian dihadiri oleh 300 ahli keluarga serta penduduk setempat.

Sementara itu, datuk kepada ketiga-tiga adik beradik berkenaan, Wahab Mat Adam, 80, berkata kali terakhir beliau bertemu ketiga-tiga mereka pada hari di Peringat, Nilam Puri, Kota Bharu Jumaat lepas setelah pulang bercuti dari Hatyai, Thailand


“Mereka datang ke rumah untuk memberikan buah tangan yang beli di Hatyai,” katanya.

Kemalangan itu berlaku pada 6.40 petang, ketika tiga beradik itu dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kota Bharu bermain di tepi pantai bersama dua sepupu dengan ditemani seorang ibu saudara mereka. – BERNAMA

Kategori