Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Demi Keluarga, Elly Bercuti...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar...

Menteri: Pencarian MH370 Tak...

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari...

Pengarah JSJ Bukit Aman...

Petaling Jaya : Kenderaan membawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri...

Duta Rusia Ditembak Mati...

ANKARA - Duta Rusia ke Turki ditembak mati dari arah belakang ketika menyampaikan...

Jenazah Zainuddin Dibawa Keluar Dari Kediaman Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa keluar dari kediaman beliau di Presint 10, di sini pada 8 pagi menuju ke Surau At Tarbiah, Taman Melawati untuk solat jenazah.

Jenazah dibawa keluar dari kediamannya dengan van jenazah diiringi polis trafik.

Solat jenazah akan diadakan di Surau At Tarbiah di Taman Melawati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate.

Sebelum itu, saudara-mara dan sahabat handai Allahyarham mulai membanjiri kediamannya untuk membaca surah Yasin.

Antara mereka yang hadir ialah bekas peguam negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, bekas Penasihat Kumpulan Tanggungjawab Sosial Korporat Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib.


Allahyarham berusia 79 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang 6.40 petang semalam akibat serangan jantung.

Sebelum ini, beliau dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang. – BERNAMA

Kategori