Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hina PM: Stesen Singapura,...

SETELAH teruk menerima kritikan, Channel 5 milik Mediacorp Singapura yang bertanggungjawab menerbitkan sebuah...

Polis Tahan Pengedar Dadah,...

KINABATANGAN - Polis menahan seorang lelaki warganegara Indonesia dan merampas sepucuk pistol berserta...

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Polis Nafi Aktiviti Culik...

BELURAN - Polis di sini menafikan berlaku aktiviti penculikan untuk tujuan mengambil organ...

Jenazah Zainuddin Maidin Dibawa Pulang Ke Putrajaya

PUTRAJAYA – Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa pulang ke kediamannya di Presint 10 di sini, selepas dimandi dan dikafankan di Hospital Serdang.

Jenazah tiba pada kira-kira 10.40 malam, diiringi anggota keluarga dan disambut jiran tetangga dan sahabat handai.

Zainuddin Maidin Meninggal Dunia Di Hospital Serdang

Menurut anak bongsunya, Zaidan, 38, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau At-Tarbiah, Jalan I1, Taman Melawati, Kuala Lumpur esok pagi untuk disembahyangkan.

”Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman itu.

Zainuddin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira 6.40 petang hari ini kerana serangan jantung.


Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam, dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang. – BERNAMA

Kategori