Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Semangat Rakyat Malaysia Bantu...

PUTRAJAYA - Perpaduan rakyat Malaysia membolehkan kerajaan mengurus pandemik COVID-19 yang melanda negara...

Depa Pecat Kedah Dari...

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa EXCO...

Harga Petrol RON97 RM3.81,...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM3.81 berbanding minggu lalu...

Kedah Tidak Mahu Dikenali...

LANGKAWI - Kedah merupakan antara pengguna air terawat yang tertinggi di Malaysia dengan...

MB Johor Akan Nyata Pendirian Isu Pulau Kukup

JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri akan menyatakan pendiriannya berhubung kedudukan Pulau Kukup, Pontian sebagai Taman Negara pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahad ini.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kesempatan sesi itu turut akan digunakan oleh beliau untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan wakil rakyat dalam perbahasan mereka.

“Sekarang ini dua exco belum lagi jawab (gulung). Jadi selepas dua orang ini berucap, baharu saya akan berucap.

“Oleh itu, apa-apa jawapan, apa-apa persoalan yang ditimbulkan oleh wakil rakyat dalam perbahasan saya akan jawab ketika itu.

“Yang lain (isu lain) tidak ada, under control, no problem (masih terkawal, tiada masalah),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembali ke Sekolah dan Penyerahan Berkelompok Projek Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Berhad bersama pejabat DUN Kempas di sini, hari ini.

Osman berkata demikian sebagai mengulas pendirian Kerajaan Negeri berhubung status Pulau Kukup, yang menjadi bualan ramai pihak selepas warta mengenainya tersebar dalam media sosial, tiga hari lepas.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan mendakwa pihaknya tidak mengetahui mengenai pembatalan perizaban itu walaupun ia diwartakan pada 24 September.


Menurut Aminolhuda, kelulusan pembatalan dibuat pada mesyuarat Exco oleh kerajaan terdahulu pada Mac.

Semalam, DUN Johor meluluskan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Johor untuk mengambil maklum dan mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.

Pulau Kukup yang terletak dalam daerah Pontian, mempunyai keluasan 647 hektar dan dikelilingi 800 hektar tanah paya dan ia pulau hutan bakau kedua terbesar di dunia dan salah satu tapak Ramsar di Malaysia.

Selain itu, ia menjadi tarikan biodiversiti kerana menempatkan pembiakan 12 spesies fauna dan 76 spesies burung. — BERNAMA

Kategori