Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kilafairy, Izara Aishah Rapat...

MUNGKIN masih ramai daripada kita tidak pernah tahu bahawa selebriti, Kilafairy dan Izara...

Jamilah Popular, Mampu Menang...

KUCHING - Puan Sri Jamilah Anu merupakan calon popular dan mampu menang besar...

Kenapa IPTA Jadi Alat...

PETALING JAYA - UMNO mendakwa Universiti Malaya (UM) dan beberapa institusi pengajian tinggi...

Keputusan Stadium Berkecuali Diumum...

KUALA LUMPUR - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya akan membuat keputusan mengenai...

Junta Tentera Batal Larangan Aktiviti Politik

BANGKOK – Thailand akan mengadakan pilihan raya umum yang tertangguh pada 24 Februari 2019, kata Suruhanjaya Pilihan Raya semalam selepas junta menarik balik larangan aktiviti politik yang dikuatkuasakan selepas tentera merampas kuasa pada tahun 2014.

Junta tentera melaksanakan larangan ketat aktiviti politik dengan alasan perlu mengekalkan ketenteraman awam selepas demonstrasi jalanan terhadap kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berlarutan selama beberapa bulan.

Pilihan raya yang diharap dapat memulihkan demokrasi di Thailand itu dijangka menyaksikan gerakan populis didokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan disokong oleh penduduk luar bandar menentang golongan elit tentera dan kerabat diraja.

Junta tentera mula melonggarkan larangan berpolitik pada September lalu apabila pihaknya membenarkan parti-parti politik melakukan perancangan menjelang pilihan raya yang dijangka pada Februari tahun depan.

Di sebalik kelonggaran itu, junta tentera masih memegang kuasa yang banyak bagi mengekalkan undang-undang dan ketenteraman termasuk melakukan geledah, membekukan harta dan membuat tangkapan.

Suruhanjaya Pilihanraya mengesahkan 24 Februari 2019 sebagai tarikh pilihan raya umum, sejurus sebelum membuat pengumuman pembatalan larangan aktiviti politik dalam jurnal kerajaan, Royal Gazette.


“Orang ramai dan parti-parti politik boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik sepanjang tempoh menjelang pilihan raya asalkan mematuhi Perlembagaan,” kata kenyataan tersebut.

Kali terakhir Thailand mengadakan pilihan raya umum yang berjaya adalah pada tahun 2011, namun Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk meneruskan proses demokrasi pada 24 ­Februari depan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori