Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kisah Pemuda Jujur Pulangkan...

JUJUR dan murni sungguh hati anak muda ini.Menerusi kisah yang dikongsikan salah seorang pengguna laman...

Wanita Terkejut Katak Kaki...

SEORANG wanita terkejut apabila hidangan yang dipesan di sebuah restoran mengandungi seekor katak...

Rakyat Sabah Pejuang Sebenar,...

KUALA LUMPUR - Rakyat Sabah merupakan pejuang sebenar yang sanggup mempertahankan setiap inci...

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam meninggal dunia pagi...

Juruelektrik Didakwa Khianat Lastik Guli Ke Arah Kereta

KUANTAN – Seorang juruelektrik dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan melastik guli ke arah kereta sekitar Kuantan, pada Ogos dan pertengahan bulan ini.

Di hadapan Majistret Nor Azizah Aling, tertuduh Mohd Kamal Jamaluddin, 54, yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, dengan tenang mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan ke atasnya.

Dia yang bertubuh tinggi lampai itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menggunakan guli kaca pada waktu petang dan malam antara 15 dan 18 Dis lalu di Jalan Kampung Tengah dan Jalan Kampung Baru Seri Teruntum di sini.

Perbuatan tertuduh didakwa menyebabkan tiga pemilik kereta kerugian RM950 selepas cermin kereta mereka pecah apabila guli tersebut mengenai cermin sisi atau cermin belakang kereta mereka.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan perlu menanggung dua anak berusia belasan tahun.

“Isteri saya sudah tiada. Pendapatan bulanan saya ialah RM3,000 sebulan yang digunakan untuk menanggung kami tiga beranak,” katanya.


Nor Azizah membenarkan jaminan tertuduh pada jumlah RM7,500 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula untuk lantikan peguam.

Sementara itu, di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan sama sehingga menyebabkan kerugian RM400 kepada pemilik kereta pada 9.30 malam, 27 Ogos lalu di Jalan Kampung Jawa, di sini.

Nurunaim membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Jan depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor V. Muneswaran. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • guli

Kategori